Mesir, Syria, Turkey dan sebagainya.
Darbuka
juga mempunyai beberapa panggilan dan pelbagai nama antaranya ialah : Darbuka,
Doumbek, Yanki lead dan Tablah. Ianya bergantung kepada jenis buatan dan dari negara
mana yang memanggilnya. Dan di Malaysia lebih di kenali dengan panggilan
Darbuka.
Darbuka
juga mempunyai pelbagai jenis kategori dan buatan. Antaranya dari tanah liat, cuprum,
fiberglass, aluminium dan kayu.
Darbuka
dari Mesir lebih popular dengan darbuka yang dihiasi badannya hampir 100% corak
buatan tangan dari kulit kerang mutiara “Mother of Pearl”.
Darbuka
mempunyai bunyi nyaring dan padu. Dan
warna asas pembelajaran bunyi darbuka ada tiga iaitu : doum, tek dan slap. Untuk bunyi “doum” ada dua jenis samaada di pukul dengan telapak tangan penuh
dan juga di pukul dengan satu atau dua jari saling berganti. Bunyi “tek” pula ada dua jenis iaitu hidup dan
mati, yang hidup dibunyikan dengan cara memukul di bahagian tepi permukaan
skin, dan yang mati pula dengan cara meletakkan sebahagian telapak tangan kanan
di bahagian tengah permukaan skin sementara tangan kiri memukul tepi permukaan
skin. Bunyi “slap” juga mempunyai
dua jenis, pertama dengan cara slap dengan 2/3 telapak tangan atau dengan
hujung jari sahaja, dan yang kedua bunyi slap dengan cara menjentik permukaan
skin dengan kuku jari. Untuk menghasilkan bunyi yang lebih menarik terpulang
kepada skill masing-masing bergantung kepada kreativiti pemain itu sendiri.
0 ulasan:
Catat Ulasan